Friday 22 November 2013

ulasan jenama : CARHARTT


CARHARTT, brand yang hanya boleh ditemui terpakai (bundle) di Malaysia telah ditubuhkan oleh Hamilton Carhartt (family busines dari 1889 sehingga kini) dan berpengkalan di Dearborn, Michigan.Tahap populariti di Malaysia agak suam2 suku lantaran tiada retail yang berpengkalan disini dan juga style yang agak outdate berbanding jenama oldtimer lain seperti Levis . Para penggemar Carhartt disini kebanyakan terdiri dari kaki2 bundle yang memilih jenama ini kerana kualiti pembuatan serta ketahanan produknya yang asalnya dibuat di Amerika dan Mexico. Kerana sumber dan keakraban pembuatan nya dengan Mexico, tag trademark mereka "Union Made in USA" tetap diguna pakai walaupun disiapkan di negara jiran Uncle Sam tersebut. Singapura adalah destinasi paling hampir (selain pembelian online) yang menjual produk baru Carhartt.

Sangat dikenali dengan kanvas tebal berwarna coklat cair,dan logo "C" , harga pakaian Carhartt mungkin agak mahal untuk pembeli di Asia yang ratanya memilih produk yang lebih mesra dengan cuaca serantau. Bagaimanapun, kekangan kos dan tekanan harga dari pesaing yang menawarkan harga yang lebih rendah memaksa mereka untuk turut menggunakan tenaga kerja di negara bukan pengeluar sumber mereka seperti HondurasGuatemalaDominican RepublicChina, dan Filipina.Trend pembuatan dinegara berikut turut disertai beberapa malah hampir jenama gergasi untuk menurunkan kos tenaga kerja. Bagi Carhartt, pembuatan dinegara ini di hadkan kepada barangan yang harga nya rendah seperti t shirt, topi bag, malah beberapa barangan trademark mereka seperti jaket turut dibuat dinegara-negara ini dengan menggunakan fabrik dan komponen dari Amerika .Dapat kita perhatikan (sekiranya terjumpa) perbezaan tag pada bahagian dalam pakaian yang membezakan negara pembuat. Negara pengeluar barangan yang lebih murah nilainya menggunakan tag kain berbeza dengan Amerika dan Mexico.

Carhartt Streetwear
Dengan trend jalanan yang telah melanda dunia sejak awal 90an, Carhartt yang sinonim dengan produk pakaian kerja mereka (workwear) tidak ketinggalan menghasilkan pakaian yang lebih santai. Tidak terikat dengan roots mereka, Carhartt turut mengeluarkan barangan untuk awam sepeti t shirts, jeans, bag, dompet dan barangan sampingan lain. Carhartt Streetwear yang lebih besar namanya di negara matahari terbit dikolabarasikan dengan jenama terkenal lain bagi menambah kedudukan mereka di pasaran Asia. antara produk yang menjadi kegemaran adalah kolaborasi dengan Bathing Ape menerusi siri Camouflage (bila wa nak merasa pakai ni") untuk turut bersaing dengan jenama streetwear lain seperti Stussy, Obey dan lain-lain.
Carhartt Steetwear yang dikeluarkan oleh Work In Progress (under license) lebih dekat kepada golongan muda yang terdiri dari artis, pemuzik dan skaters yang menjadi budaya di serata dunia. Terbaru, kolaborasi dengan  A.P.C (Carhartt X A.P.C) dan Adam Kimmel X Carhartt menggunakan khidmat designer fesyen Adam Kimmel dan Jean Toutiou dari A.P.C.

*tahap populariti di Malaysia (5/10)
*kekerapan jumpa di bundle (1/100)
*wa xpenah jumpa yang FAKE, so agak berbaloi Carhartt ni dijadikan koleksi sendiri

** penulisan adalah melalui fakta disertai pendapat wa sendiri, kalau ada pecanggahan dan pembetulan boleh komen dan di edit untuk kebaikan bersama. thanx kerana membaca :)

No comments:

Post a Comment